Notis Umum Berkenaan Race Kit KL Virtual Run 2020

Salam sejahtera semua.

Beberapa perkara daripada kami.

1 – Untuk makluman, baju jersi kami sudah dapat 2 minggu lalu.
2 – Medal kami baru dapat minggu ini.
3 – Untuk mereka yang order baju sahaja, kami dah hantar pada minggu lepas.
4 – Untuk yang order medal sahaja, kami dah mula hantar minggu ini.
5 – Untuk yang sertai larian, kami sudah hantar kit larian kepada peserta secara berperingkat.
6 – Kenapa secara berperingkat? Ini kerana team logistik kami kecil dan mereka juga perlu susun baju dengan betul.
7 – Walaupun begitu, ada peserta yang sudah mula dapat kit larian tetapi tak dapat medal. Ada juga yang order baju lebih tapi dapat kurang. Ini kerana team logistik kami terlepas pandang untuk masukkan item dengan jumlah sepatutnya dalam parcel.
8 – Perkara ini kami sudah ambil maklum daripada ramai peserta. Mohon bertenang, kami akan poskan medal ini kepada anda juga.
9 – Untuk makluman, kami baru pertama kali melakukan event VR ini. Kami sedar banyak kesilapan yang dilakukan.
10 – Dengan saranan ramai pihak dan juga peserta, kami akan perbaiki mutu servis pada masa akan datang.

Kami mohon maaf di atas apa yang berlaku.

Terima kasih atas sokongan anda.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram